|
GARIS PANDUAN HUBUNGAN PPMC DENGAN
PERSATUAN LAIN 1.0 Pendahuluan Garis panduan hubungan PPMC dengan persatuan-persatuan/kelab-kelab lain dirangka bagi menjelaskan Fasal 2.18 dalam Perlembagaan PPMC. 2.18 Hubungan Luar Persatuan ‘Persatuan berhak membuat sebarang hubungan dengan mana-mana pertubuhan dalam merealisasikan objektif Persatuan. Keputusan ini mestilah diputuskan oleh ahli Jawatankuasa Kerja dengan majoriti dua per tiga.’
2.0 Definisi Istilah 2.1 PPMC PPMC yang dinyatakan dalam dokumen ini merujuk kepada Persatuan Pelajar Malaysia Cork. Persatuan ini merupakan suatu persatuan yang dinaungi oleh pelajar-pelajar di Cork secara amnya bagi menunaikan tujuan-tujuan yang telah dinyatakan dalam Fasal 2.4, Perlembagaan PPMC. 2.2 AJK (Ahli Jawatankuasa Kerja) PPMC Ahli Jawatankuasa Kerja PPMC adalah individu-individu yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi memimpin dan mengetuai hal pentadbiran persatuan. 2.3 Persatuan-persatuan Lain Persatuan-persatuan lain merujuk kepada persatuan-persatuan pelajar yang ditubuhkan di luar negara terutamanya di Ireland dan United Kingdom. 2.4 Aktiviti-Aktiviti PPMC Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan secara tahunan oleh PPMC dan amnya dibawah peranan PPMC seperti Majlis Sambutan Raya, Sambutan Pelajar Baru, Hari Keluarga PPMC. 2.5 Medium PPMC Medium PPMC merujuk kepada semua program yang dianjurkan oleh PPMC, cetakan-cetakan yang diedarkan oleh PPMC serta web komuniti yang dikendalikan oleh PPMC.
3.0 Objektif perangkaan garis panduan hubungan PPMC dengan persatuan-persatuan lain 3.1 Menjelaskan pendirian PPMC dalam kerjasama dengan persatuan-persatuan lain 3.2 Membuka peluang kerjasama dengan persatuan-persatuan lain 3.3 Menyelaraskan bentuk kerjasama yang ingin dicapai antara PPMC dengan persatuan lain
3.4 Menjalinkan hubungan yang baik dan erat dengan persatuan-persatuan lain 4.0 Garis panduan 4.1 Kertas kerja Aktiviti 4.1.1 Sebarang kerjasama yang ingin dicadangkan mestilah didahului dengan kertas kerja aktiviti dan harus diserahkan kepada AJK PPMC sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan. 4.1.2 Kertas kerja aktiviti sekurang-kurangnya perlu mengandungi perkara-perkara berikut; 4.1.2.1 Pengenalan aktiviti 4.1.2.2 Matlamat serta Objektif yang ingin dicapai 4.1.2.3 Pihak penganjur 4.1.2.4 Tarikh & Tempat yang dicadangkan 4.1.2.5 Sasaran peserta 4.1.2.6 Organisasi yang dicadangkan untuk dibentuk 4.1.2.6 Pengisian dalam aktiviti tersebut
4.2 Pendirian/ Syarat-syarat Kerjasama PPMC 4.2.1 Kerjasama antara PPMC dan persatuan-persatuan tidak melibatkan aktiviti-aktiviti PPMC yang telah didefinisikan dalam perkara 2.4. Sekiranya ada, ia adalah tertakluk kepada permintaan PPMC dan bukan sebaliknya. 4.2.2 Seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan PPMC, sebarang kerjasama yang ingin dibuat perlulah mendapat sokongan 2/3 daripada AJK PPMC 4.2.3 Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan mestilah aktiviti yang menepati syariat Islam dan bermanfaat kepada golongan sasaran, 4.2.4 Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan mengikut landasan Islam serta berusaha untuk memastikan tiada pergaulan bebas dalam aktiviti yang akan dianjurkan 4.2.5 Terdapat keseimbangan daripada segi sumber seperti sumber manusia, kewangan, dan pembahagian tugas kepada persatuan-persatuan yang terlibat. 4.2.6 Sebarang perkara atau masalah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas aktiviti/program kerjasama dijalankan adalah menjadi tanggungjawab bersama
4.3 Pindaaan Garis Panduan PPMC berhak meminda perkara-perkara dalam garis panduan ini tanpa perlu berbincang dengan wakil-wakil persatuan lain. PPMC boleh tetapi tidak perlu menjelaskan sebab-sebab pemindaan kepada persatuan-persatuan lain. 4.4 Perlanggaran syarat-syarat kerjasama Jika terdapat perlanggaran syarat-syarat, PPMC akan mengambil tindakan-tindakan berikut; 4.4.1 Memohon penjelasan daripada wakil yang bertanggungjawab 4.4.2 Memberi amaran kepada wakil persatuan terbabit 4.4.3 Menarik diri daripada kerjasama sekiranya tindakan-tindakan di atas tidak membuahkan hasil 4.5 Penarikan diri PPMC berhak menarik diri dari kerjasama yang telah dipersetujui sekiranya dikesan terdapat perlanggaran terhadap perkara-perkara dalam garis panduan ini
5.0 Hebahan/Promosi persatuan lain menggunakan medium PPMC 5.1 Sebarang penghebahan/promosi aktiviti anjuran persatuan lain menggunakan medium PPMC perlulah mematuhi syarat-syarat kerjasama yang telah dinyatakan di atas 5.2 Hebahan/Promosi tersebut perlulah mematuhi syarat-syarat berikut; 5.2.1 Nyatakan dengan jelas tempat, masa serta tarikh di mana aktiviti/ program itu berlangsung
5.2.2 Nyatakan dengan jelas organisasi/persatuan yang menganjurkan aktiviti/program tersebut
5.2.3 Nyatakan juga sasaran peserta dan objektif aktiviti/program yang dianjurkan
5.2.4 Maklumkan mengenai pengisian aktiviti/program beserta tentatif (sekiranya ada)
6.0 Penutup Semoga dengan perangkaan garis panduan hubungan PPMC dengan persatuan lain ini akan menjelaskan lagi pernyataan dalam Fasal 2.18 dalam Perlembagaan PPMC dan meleraikan kemusykilan yang wujud di kalangan ahli-ahli PPMC serta wakil-wakil daripada persatuan-persatuan lain.
|