spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB

Latest Events

Sorry, no events to display
Home
ODECHAL PDF Print E-mail
Written by Asyraf Sukari   
Monday, 18 January 2010
  


 
 
 
 
Assalammualaikum wbt
 
Sukacita dimaklumkan Lajnah  Akademik dan Intelek PPIMI akan menganjurkan Piala Bahas Mahasiswa Luar Negara atau OVERSEAS STUDENTS’ DEBATERS CHAMPIONS LEAGUE (ODECHAL). Piala bahas ini merupakan sebuat 'pilot event' dan merupakan antara yang pertama seumpamanya di bumi UK dan Eropah ini.
 
PPIMI merasakan bahawa mahasiswa di luar negara secara amnya agak terkebelakang berbanding mahasiswa tempatan dari aspek penguasaan isu semasa dan kebolehan berhujah di khalayak ramai. Ini adalah amat mendukacitakan kerana mahasiswa sewajarnya menjuarai isu-isu semasa dan bertindak sebagai elemen sedar dalam masyarakat. Maka, PPIMI mengambil inisiatif ini untuk bersama-sama mengembalikan potensi mahasiswa luar negara selaras dengan hasrat negara untuk membangunkanmodal insan demi landasan kecemerlangan generasi masa hadapan.
 
Pada tahun ini, ODECHAL akan bermula dengan kejohanan bahas Bahasa Malaysia dahulu. Namun, pada masa akan datang PPIMI berhasrat untuk menjadikan ODECHAL setaraf dengan piala-piala bahas yang lain, dengan menampilkan bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berikut adalah maklumat lanjut beserta lampiran fail syarat pertandingan.
 
Tempat: RCSI, Dublin
Tarikh: 13 - 14 Mac 2010
Bilangan Pasukan: 16
Sistem: Liga
Video Promosi: Klik
Tarikh Akhir Pendaftaran: 28 Januari 2010
Emel Pendaftaran: odechal_ppimi@ yahoo.com
 
 
Hadiah
 
Pasukan
 
Juara: 300 Euro beserta trofi dan sijil
Naib Juara: 200 Euro beserta sijil
Semua pembahas: Sijil penyertaan
 
Pembahas Terbaik: Hadiah Istimewa beserta trofi dan sijil.
 
Oleh itu, PPIMI menyeru agar persatuan-persatuan seluruh UK dan Ireland bersama-sama memeriahkan promosi piala ODECHAL dan menghantar pasukan masing-masing. Bersama kita kembalikan budaya perbahasan yang positif di arena pentas mahasiswa.
 
 
Yang Menjalankan Tugas,
 
Nurhanis Syazni Roslan
Timbalan Presiden PPIMI
 
RCSI 2011
Last Updated ( Thursday, 11 February 2010 )
 
< Prev   Next >
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB